Penampang. Semua pihak dalam negeri ini perlu mengambil tahu siapa penanam terung beracun berlebihan sehingga dikompaun pihak peniaga di Penampang baru baru ini.
Isu terung beracun sewajarnya dicari siapa penanam dikebun terlibat yang bertanggongjawab menyembur racun serangga berlebihan, setiap kampung punya pemimpin dan ramai orang dinegeri ini yang boleh mengesyorkan pemantauan setiap minggu kebun sayor agar tidak berlaku terung beracun.
Ini didedahkan beberapa penduduk Sabah yang menyokong penubuhan JPKKP negeri ini mampu bergandingan dengan JPKK memantau pekebun sayor khususnya TERUNG NAMPAK CANTIK TAPI BERACUN disetiap perkampungan tanah pertanian ujar mereka.
Menurut mereka lagi kedua dua jawatan tersebut dahulunya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ditukar (JPKK) manakala Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) ditukar kepada (JPKKP) fungsi hampir serupa antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan ujar rakyat Sabah yang ditemui.
Rakyat yang menyokong JPKKP berharap setiap kepimpinan badan tersebut lebih aktif memantau pekebun sayor supaya kerap melaporkan kepada pihak berkuasa setiap masa jika wujud keraguan bagi sayor sayor yang dihasilkan dari kebun terlibat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan