Sabah. Penduduk luar bandar negeri ini meminta Syarikat Letrik yang baru diambil alih oleh pengurusan Sabahan agar tidak membiarkan rakyat sampai 3 hari 3 malam gagal mendapat bekalan tenaga letrik baru baru ini.
Ia terjadi dikawasan zon Telipok Darat yang dianggarkan lebih 1,000 penduduk sehingga mengalami kerugian ikan basah serta terputus penggunaan talian telipon handphone mereka dalam tempoh tersebut, kejadian seumpama dilaporkan berlaku akibat tidak ada pemantauan pokok pokok tua disepanjang jalan laluan bekalan tenaga letrik sehingga banyak yang tumbang menghempap water letrik musim hujan angin baru baru ini.
Kebanyakan penduduk terlibat mendesak pengurusan tenaga Letrik melakukan pemeriksaan sepanjang laluan bekalan letrik setempat bermula serta merta, setiap pokok tua yang berhampiran laluan tiang tiang letrik terlibat wajib ditumbangkan bagi mengelak kejadian terputus bekalan letrik sehingga 3 hari 3 malam jelas mereka penuh keciwa.
Bayangkan lah
Tiang Letrik ini hampir tumbang bergantung namun tidak ada pembaikan dilakukan walaupun sudah bertahun dilaporkan, tidak mungkin kes serupa hendak dirujuk kepada Perdana Menteri atau kedua dua Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini baru diperbaiki ujar penduduk zon Telipok Darat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan