Khamis, 31 Oktober 2024

ISRAEL KIAN TERDESAK

Oleh. Huzera Ben

Beirut. Tentera Zionis Israel yang digelar warga Lubnan sebagai
 pengganas kelih

atan kian terlalu letih disamping berkurangan anggotanya memudahkan  pejuang Hizbollah menentang  

mereka, selain dari itu Tentera Zionis Israel melakukan serangan serentak melibatkan Gaza,
Rafah, Lubnan, Syria dan Iran tanpa perancangan jitu keupayaan mereka.

      Serangan pengeboman menerusi udara yang sentiasa dilakukan oleh Israel menyebabkan ramai orang awam terbunuh khususnya kanak kanak dan wanita, keangkuhan zionis Israel terserlah  berikutan segala sokongan moral dari Amerika Syarikat disamping penghantaran bantuan persenjataan perang moden mereka.

          Apapun kecanggihan peralatan tentera zionis Israel dengan kelengkapan perang serba moden hanya mampu membunuh lebih ramai wanita dan kanak kanak awam, namun pejuang Hamas, Hizbollah dan Houthi  harus beringat helah zionis Israel  sentiasa menggunakan perisik menghidu semua ketua ketua musuh mereka setiap masa.

          Menurut sumber semua pemimpin kanan Hamas dan Hizbollah dikesan pembunuhan oleh Israel dengan khidmat perisik mereka yang sentiasa bergerak  mengesan keberadaan mereka, kelicikan Zionis Israel memasang  pengintip upahan mereka selain dari Mossad  memudahkan mereka (Israel) membunuh ketua ketua pemimpin musuh mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan