Melaka. Negara dikejutkan sebilangan warga asing yang ditangkap tanpa dokumen dekat sini mendakwa berasal dari Sabah.
Malah dalam kes terbaru seorang wanita menggunakan salinan Kad Pengenalan orang lain bila disoal siasat mendakwa berasal dari Sabah, perbuatan mereka sangat menjejaskan nama baik bukan sahaja Sabah namun merangkumi seluruh negara amnya jika tidak dibendung semua pihak.
Bayangkan lah warga asing tanpa dokumen pengenalan diri yang sah mengaku berasal dari Sabah semata mata helah meminta simpati, namun kepakaran penguatkuasa mengesan mereka orang asing tanpa dokumen membongkar helah mereka sebagai PATI memasuki negeri tersebut.
Dalam apa juga situasi jangan sesekali sebilangan warga Malaysia membela warga asing tanpa dokumen yang memasuki negara ini, kesilapan terlalu memanjakan warga asing memasuki negara ini oleh segelintir masyarakat mendorong PATI menetap sesuka hati dalam negara ini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan