Sabah. Jejak langkah kenegerì dibawah bayu pertama dipandang adalah pedagang rokok seludup dikaki lima deretan kedai dan pasar sayor amnya tanpa takut dengan warga sekeliling.
Pedagang rokok ini juga dilaporkan golongan tidak merokok wujud dalam negeri ini sejak sekian lama dan tidak mampu dibendung disebabkan mendapat sokongan pembeli luar biasa, golongan pembeli bukan sahaja rakyat jelata dari perkampungan terpencil malah ramai para pegawai kerajaan negeri Sabah menjadi pelanggan mereka walaupun tahu ianya seludup dan salah dilanggani.
Penjualan rokok seludup bagi seluruh Kota Kinabalu dan negeri Sabah amnya sudah terkenal sejak sekian lama malah ianya sudah sampai seluruh lokasi terpencil, tidak hairan lah pasaran rokok seludup lebih tinggi berbanding rokok bercukai entah mengapa mereka perokok lebih menggalak penyeludupan walaupun ditegah pihak kerajaan.
Satu perkara yang hangat diperbualkan oleh golongan penduduk Sabah yang tidak merokok adalah mengapa ramai pegawai kerajaan negeri membeli rokok seludup?, adakah mereka tidak tahu ianya satu kesalahan atau berpura pura tidak tahu kesalahan mereka melanggani rokok seludup yang dijual golongan warga meragukan jelas mereka.
Ada juga pemegang jawatan parti politik Sabahan dilaporkan turut mempamerkan diri membeli rokok seludup dikhalayak ramai yang wajar mengekang penyeludupan, semua kejadian ini menjadi persoalan penduduk negeri Sabah yang tidak merokok betapa sukar membenteras penyeludupan rokok disebabkan terlalu tinggi permintaan ungkap mereka.
Apapun isu penyeludupan serta penjualan rokok seludup jangan salahkan para petugas penguatkuasa setiap hari main isu politiking sebaliknya tanya diri mengapa membantu membeli yang salah, jika golongan perokok Sabahan tidak membeli pedagang rokok seludup dimerata tempat dalam negeri ini pada tempoh lebih sebulan pasti penyeludup tidak akan melakukan penyeludupan tanpa bayaran wang ringgit.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan