Isnin, 21 Oktober 2024

JURUGAMBAR TUMBUH UMPAMA CENDAWAN?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Borneo. Pertumbuhan jurugambar terlalu ramai umpama cendawan terus menjadi persoalan orang ramai apakah tujuan gambar gambar yang mereka rakam secara bebas.

          Jurugambar terlibat bukan sahaja merakam gambar sekolah sekolah kerajaan mahupun swasta malah mereka juga sesuka hati merakam gambar orang ramai tanpa izin, ianya menimbul satu kegusaran orang ramai apakah guna nya gambar warga tempatan dirakam orang orang  yang tidak memperkenalkan diri mereka  siapa sebelum merakam gambar. 

         Ini didedahkan beberapa penduduk asli Sabah kepada AKBAR MEDIA TERKINI hari ini berikutan ramai muncul menjadi jurugambar tanpa dikenali merakam gambar sesuka hati, antara merunsingkan orang ramai adalah merakam gambar bangunan kerajaan, Sekolah dan orang orang asli Sabahan yang berkumpul beramai ramai tegas mereka. 

         Peliknya jurugambar terlibat tidak pula merakam gambar penjual rokok seludup disetiap kaki lima bangunan kedai dan pasar, penjual nombor ekor dah wahui gelap serta peniaga bergerak pelbagai barang tiruan  terang mereka.

         Majoriti warga asli orang Sabahan mengingatkan seluruh mereka berwaspada agar tidak menjadi rakaman gambar mereka oleh jurugambar tidak dikenali dan meragukan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan