Oleh. Williem Anak Lagau
Kadar harga ayam daging negeri Sabah hari ini melepasi RM11.99 sen 1 KG hari ini 1 Julai 2022 berbanding RM9.30 sen dikawasan Semananjung Malaysia manakala Sarawak bermula RM9.90 hingga RM 13.00 sekilogram.
Perbezaan ketara harga dalam kedai bagi Sabah, Sarawak dan Semananjung Malaysia bagi ayam daging bulat 1 kg sangat jauh sedangkan slogan kata keluarga Malaysia.
Bagi negeri Sabah harga ayam daging bulat satu kilogram bermula RM11.99 sen namun berdasarkan penggenapan setiap kadar harga semua belian tetap dengan harga RM12.00 satu kilogram.
Kerajaan pusat dan negeri Sabah harus duduk semeja bagi membincang hal ini sebelum tarikh hari raya aidiladha tahun 2022 pada 10 Julai 2022 ini agar rakyat Sarawak dan Sabah tidak terbeban menyediakan juadah hari raya aidiladha tegas warga Borneo yang menghubungi Media Terkini hari ini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan menuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan