Oleh. Jopis Anak Lagau
Sabah. Kerajaan pusat dan negeri ini amnya perlu mempergandakan kawalan barangan bersubsidi seperti minyak masak, telur dan ayam
apabila ada warga Sabah ditawarkan membeli minyak pekej plastik 1 kg dengan harga antara RM3.80 hingga RM4.50 sen 1 peket yang 1 kg jika mahu jelas golongan penyimpan tegas pembaca Media Terkini hari ini.
Kebanyakan barangan bersubsidi di Sabah dilaporkan ditempah golongan penempatan pelarian serta kloni rumah setinggan untuk dijual semula dengan rakan warga asing mereka akibat pekedai langsung tidak mengenali orang asing mahupun orang tempatan yang memasuki permis perniagaan mereka.
Selain warga asing yang menempah banyak barangan bersubsidi untuk dijual semula sesama warga asing ada juga orang tempatan dilaporkan tumpang sekaki menjual barangan bersubsidi dengan harga yang tinggi demi mengaut keuntungan besar dengan kaum mereka sendiri tegas pelanggan kru Media Terkini dinegeri Sabah.
Majoriti barangan bersubsidi bukan sahaja diseleweng kenegara jiran oleh kumpulan warga asing namun amat menyedihkan orang Sabah sendiri turut terlibat menaik harga barangan bersubsidi sebagai kegunaan rakyat termiskin namun ada pihak sanggup memperdaya etnik mereka sendiri.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan