Selasa, 26 Julai 2022

Berita Ringkas 

SEMPADAN PERBATASAN TERUS DIKAWAL KETAT 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Pasukan keselamatan yang bertugas setiap sempadan Malaysia Indonesia bahagian Sarawak giat memperkasa kawalan disetiap persempadanan Kalimantan dengan 

 langkah pengusuran terus setiap yang ditahan dipersempadanan sebaik repot dibuat sekitar balai polis berhampiran. 

Tindakan semua pelbagai pasukan keselamatan dibumi kenyelang tidak memberi sedikit ruang kepada setiap pendatang asing tanpa izin harus dicontohi semua pihak disetiap negeri agar tidak ada ruang PATI menyusup dan tinggal diseluruh negeri yang terlibat persembunyian mereka.  

Menurut aktivis masyarakat bumi kenyalang yang ditemui,  paling menyedihkan adalah segelintir masyarakat kita yang sanggup menjadi keldai melindungi, menggaji,  serta memberi tempat tinggal PATI dibeberapa negeri tumpuan mereka menyusup mencari reziki walaupun menyalahi undang undang negara tegas mereka. 

Kru Media Terkini dimaklumkan, PATI merupakan musuh setiap negeri yang sukar diselasaikan terutama bila ada orang tempatan sanggup menjadi pelindung mereka dengan pelbagai cara termasuklah memberi kediaman, memberi pekerjaan walaupun langsung tidak memiliki dokumen yang sah. 

Langkah pasukan keselamatan Sarawak bersungguh sungguh menggempur laluan PATI memasuki negeri ini sentiasa mencapai kejayaan berikutan banyak pati  telah diusir terus sebaik direkodkan disetiap balai polis berhampiran setiap tangkapan disempadan negara. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan