Selasa, 12 Julai 2022

 MINYAK MASAK PEK PLASTIK TERUS DISALAH GUNA 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Bantuan minyak masak pek plastik bersubsidi dari kerajaan Malaysia dilaporkan terus disalahgunakan penjualan rakyat Sabah sendiri dengan harga RM3.70 satu pek anggaran satu kilogram secara online dan watsap group sejak beberapa bulan yang lalu. 

Minyak masak tersebut  dijual  oleh sekumpulan rakyat Sabah yang dilaporkan tidak mematuhi peraturan tidak boleh menaik kadar harga barangan bersubsidi dari kerajaan demi membantu rakyat berpendapatan rendah demi mengaut keuntungan peribadi mereka tanpa menoleh melihat rakyat lebih miskin.

Kes ini dilapor para pembaca Media Terkini di Sabah beberapa hari yang lalu dan mungkin lebih banyak lagi kejadian serupa yang tidak dapat dikesan atau licik bersembunyi dengan kegiatan penjualan minyak masak bersubsidi tersebut dengan harga yang meningkat tinggi ujar mereka.

Adalah menjadi harapan warga yang mahu memelihara bantuan minyak bersubsidi dari kerajaan tidak disalahgunakan oleh rakyat Sabah sendiri demi nama baik serta imej warga Sabah yang lebih prihatin tegas mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita  dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan