Rabu, 13 Julai 2022

Berita Ringkas 

GAGAL PATUH SOP SIAPA BERTANGGONGJAWAB? 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Peningkatan kes covid 19 dinegeri ini perlu diteliti berikutan tidak ada lagi pematuhan SOP ditempat awam bukan sahaja tidak berjarak malah orang ramai tidak lagi memakai penutup hidung dan mulut walaupun kelihatan penutup tersebut bergantung pada dagu mereka setiap hari. 

Adakah kerajaan Sabah sudah memansuhkan penjarakan diri ditempat awam serta pemakaian penutup hidung dan mulut sudah tidak dibenarkan lagi masa kini? Ini lah persoalan yang dilontarkan sebilangan warga asli Sabah semasa sesi tinjauan Media Terkini sehari yang lepas dibeberapa daerah dalam negeri berkenaan. 

Diantara kawasan perlanggaran SOP bagi negeri Sabah ialah, sebilangan kompleks beli belah negeri, sebilangan kawasan perhentian bus, sesetengah tapak tamu mingguan, sebilangan  pengangkutan bus awam dan beberapa pasar mini awam yang menjadi ketakutan sebilangan warga dengan penularan virus covid 19.

Sebilangan masyarakat yang melawat negeri Sabah percaya kerajaan Sabah mampu mencari jalan bagi mendidik masyarakat terus mematuhi SOP pemakaian penutup hidung dan mulut disamping menjarak diri dari setiap orang ditempat yang bersesak jika mahu membenteras penularan jangkitan covid 19. 

Apapun setiap orang memiliki tanggongjawab menjarak diri serta memakai penutup hidung dan mulut setiap hari ditempat orang awam, sikap degil dan angkuh melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan Malaysia perlu disingkirkan dalam diri masing masing demi nyawa orang lain.






Nota. Dilarang  membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan