Khamis, 14 Julai 2022

COVID 19 MEMBUNUH LAGI 

Oleh. Huzera Ben 

Brazil. Dalam rekod kematian serangan covid 19 dunia sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 6,419,057 orang dan kes jangkitan 560,906,655 orang manakala dalam rawatan sampai hari ini berjumlah 26,334,642 orang. 

Dalam rekod tersebut Amerika Syarikat terus mencatatkan angka tertinggi kematian sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 1,046,613 orang, negara Brazil berjumlah 674,166 orang manakala negara India berjumlah 525,519 orang dalam tempoh yang sama.

Bagi negara Rusia sejak tahun  2020 sampai hari ini angka kematian serangan covid 19 berjumlah 381,711 orang, negara Mexico berjumlah 326,189 orang manakala negara Peru berjumlah 213,714 orang dalam tempoh yang sama.

Turut mencatat kematian tertinggi serangan virus covid sejak tahun 2020 sampai hari ini ialah negara United Kingdom berjumlah 180,718 orang, negara Itali 169,496 orang, negara Sepanyol berjumlah 159,605 orang dan negara Indonesia berjumlah 156,818 orang dalam tempoh yang sama.

Dalam keghairahan setiap negara didunia melakukan suntikan vaksin dos penggalak berulang negara Perancis terus merekodkan kematian sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 150,305 orang, negara Jerman 142,139 orang, negara Iran dengan jumlah 141,456 orang dan negara Colombia berjumlah 140,202 orang dalam tempoh yang sama.

Harapan negara negara seluruh dunia dengan suntikan vaksin dos penggalak berulang mampu mengekang kematian serangan virus covid 19 namun dinegara Poland mencatatkan kematian sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 116,464 orang, negara Ukraine berjumlah 108,671 orang dan negara Afrika Selatan berjumlah 101,895 orang sepanjang tempoh yang sama.

Menurut rekod dunia hari ini, hanya tiga negara yang mencatatkan bersih tanpa kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini ia itu negara Sint Maarten, negara Kota Vatican dan negara Curacao walaupun terdapat gejala jangkitan namun semuanya dapat diselamatkan. 

Beringat gunakan sentiasa penutup hidung dan mulut setiap kali keluar rumah dan jaga penjarakan diri diantara orang lain dalam jarak 1 meter lebih setiap masa serta elak bersalaman dengan sesiapapun demi mengelak penularan covid 19. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 








 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan