Rabu, 20 Julai 2022

SUDUT RUANGAN DUSUN 
(Etnik Bangkit Maufakat Bersatu) 

Oleh. Gason Dumiri

Sabah. Langkah kanan semua etnik Dusun memerlukan kesefakatan, berganding bahu, saling bantu membantu serta bersatu dalam apa juga usaha jika mahu kejayaan dicapai seimbang tanpa ada seorang pun bangsa tercicir dalam kemajuan dan ekonomi.

Dusun juga perlu menimba pelbagai ilmu pengetahuan disamping memperkemaskan diri dalam menempuh pelbagai cabaran mendatang supaya mampu mengharungi apa juga rintangan kehidupan tanpa berputus asa dan tunduk sebarang tekanan jika mereka mahu seluruh bangsa mereka seiring maju didalam semua bidang yang diceburi.

Ramai etnik Dusun dengan bahasa berbeza beza namun rumpun terbesar adalah Liwan, Tengara, Bundu dan Tagaas yang terkini memiliki taburan diseluruh negara dengan pelbagai latar belakang berkebolehan namun sukar dikenali sebelum ini tanpa pendedahan khusus bertaraf antara bangsa.

En. Peris Gasingul (gambar) dari Tampaluri mendedahkan sejarah ini mengisi ruangan kedua Sudut Ruangan Dusun agar dunia tahu betapa keaslian Dusun Sabah boleh maju kehadapan jika seiring langkah kanan merebut segala peluang yang ada demi bangkit memajukan bangsa mereka seiring bangsa lain didalam mahupun luar negara katanya.

Menurut Peris Gasingul lagi, etnik Dusun perlu mengenepikan sikap berpuak puak serta mewarisi semua bahasa ibunda mereka keatas semua generasi keturunan mereka sehingga generasi akan datang jika mereka tidak mahu bahasa asli mereka hilang ditelan zaman tegasnya. 

En. Peris Gasingul yang berkesempatan menemui kru Media Terkini Malaysia agak terkejut bila mengetahui dua tulang belakang utama Akbar Penyiaran ini Dato' Azhar Haji Omar berganding bahu En. Arman Karim @ Doriso asli DUSUN LIWAN dari keturunan generasi Tambunan telah berjaya menghidupkan akbar ini sejak tahun 1998 lagi.

Beliau juga bangga atas ilham akbar ini mewujudkan ruangan Dusun Asli Sabah mampu dibaca diperingkat luar negara masa kini asal ada kemahuan memberi kerjasama terus menghidupkan akbar anak jati Sabah dari kaum Dusun ungkapnya. 

Ingin Menyertai Ruangan Ini Hubungi Sidang Pengarang Masa Pejabat Tel 01138554026 dan 0194827829 MEDIA TERKINI PRESS KUALA LUMPUR.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan