Ahad, 17 Julai 2022

SUDUT RUANGAN DUSUN 
(Etnik Perlu Berani Pertahan Bangsa)

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Dalam mempertahankan himpunan etnik Dusun mereka perlu berani mengakui dan berjuang mempertahankan etnik asal mereka penghuni ditanah air mereka sendiri tanpa tunduk dengan andaian sejarah semata mata. 

Etnik Dusun yang mempunyai kepelbagaian bahasa juga perlu menurunkan bahasa ibunda mereka kepada anak cucu dan cicit mereka jika bertekad mahu mempertahankan keturunan mereka agar tidak hilang ditelan zaman. 

Ini didedahkan Tinsong Taysan generasi keturunan Dusun di Ulu Tuaran moyang sebelah ibunya demi mempertahankan kesukuan beliau yang masih fasih berbahasa dusun walaupun sudah banyak campuran bahasa yang digunakan hari ini ujanya. 

Tinsong Taysan (Gambar) mengaku terlalu banyak etnik bahasa Dusun asli didalam Sabah jika mereka bersatu hati memperkasa bangsa didalam jangkamasa panjang, namun ianya bukan perkara muda malah memerlukan kesefakatan, kerjasama, pengorbanan disamping kemahuan mempertahankan bahasa, bangsa dengan keturunan mereka yang sebenar tegas beliau.

Tinsong Taysan bangga terpilih mengisi sudut ruangan Bangsa Dusun kelolaan Akbar Media Terkini Malaysia sebagai langkah memperkasa bangsa tersebut diperingkat antarabangsa sebagai tatapan bangsa lain diseluruh dunia.

Menurut Tinsong Taysan lagi, sebagai etnik Dusun perlu berganding bahu memberi sokongan ruangan ini yang disediakan oleh akbar milik Anak Peneroka dari Kuala Lumpur supaya mampu berterusan mempertahankan bangsa Dusun Asli Sabah sepanjang masa katanya. 

Sebarang penyertaan boleh berhubung Gason Dumiri Penerbit Rancangan setiap waktu pejabat. Tel 01138554026 atau 0194827829 masa pejabat sahaja 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor  



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan