Oleh. Gifkir Aming
Inanam. Perebutan kerusi parlimen Sepanggar sememangnya sengit dikalangan Barisan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah PPBM , Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan menjelang PRU kali ke 15 akan datang.
Barisan Nasional dari Umno, MCA, MIC dan PBRS diramal bertembung GRS dari PPBM, STAR, SAPP, PBS, PAS, USNO dan KDM manakala Pakatan Harapan dari PKR, DAP, AMAMAH dan UPKO dijangka siap siaga mempertaruhkan sesiapa juga pemimpin mereka yang mendapat sokongan ramai penduduk seluruh parlimen Sepanggar pada pru kali ke 15 akan datang lapor aktivis masyarakat setempat.
Parlimen Sepanggar mempunyai tiga kerusi DUN iaitu Dun Kerambunai, Dun Darau dan Dun Inanam dimana dua kerusi Dun kawasan Parlimen Sepanggar dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Warisan Sabah.
Setakat hari ini Parlimen Sepanggar masih ditawan oleh Parti Warisan Sabah, manakala Dun Darau juga dikuasai oleh Parti Warisan Sabah, hanya Dun Kerambunai sahaja yang dikuasai oleh BN Umno pada pilihan raya negeri lalu.
Ramai penduduk kawasan Parlimen Sepanggar masih tertanya sesama sendiri jika pru ke 15 berlaku sepanjang tahun 2022 ini, siapakah yang berupaya meraih sokongan undi dikalangan parti politik yang berjuang dikawasan tersebut atau kekal Parti Warisan Sabah mempertahankan kerusi yang mereka menangi pada pru ke 14 yang lepas.
Beberapa kru Media Terkini cuba menjejaki pemimpin parti politik kawasan parlimen Sepanggar antara politik memerintah dan parti pembangkang namun gagal malah langsung tidak mendapat jawapan sehingga masa kini.
Pengundi kawasan Parlimen Sepanggar percaya mereka bukan lagi seperti kejadian pru ke 14 yang lepas, namun semuanya bergantung kepada kewibawaan para pemimpin parti politik setempat bagi menjejaki penuh iklas dengan mereka setiap masa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan