Jumaat, 15 Julai 2022

BIJAK DAN LICIK BUAT KERJA 

Oleh. Jopis Anak Lagau

Kota Kinabalu. Sebilangan warga tidak sedar dipengaruhi melanggani JUDI GELAP setiap hari bagi mengelak membayar cukai kepada kerajaan Malaysia dan negeri Sabah amnya.

Kegiatan tersebut beroperasi diserata tempat melibatkan orang orang dewasa sama ada dilorong kaki lima bangunan kedai mahupun kawasan tangga tangga bangunan kedai terus dipenuhi warga Sabah sendiri.

Kegiatan JUDI GELAP juga dilaporkan terlalu licik berikutan sanggup meletak pengawal pemerhati yang duduk disetiap penjuru bangunan kedai bagi memantau kehadiran pihak berkuasa tempatan agar terselamat kegiatan mereka. 

Menurut beberapa warga Sabah yang ditemui, majoriti yang melanggani JUDI GELAP ada lah golongan dewasa dan berkeluarga namun tidak menyedari kegiatan mereka adalah salah dan boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan ujar mereka.

PENGANJUR JUDI GELAP ini juga dilaporkan sepantas kilat lesap jika dimaklumkan pengawal peribadi akan kehadiran pihak berkuasa menyerbu kegiatan mereka dan sukar dikesan kemana mereks menghilang lapor orang Sabah.

Sehubungan dengan paparan isu Judi Gelap ini semua warga Sabah perlu membuka mata bagi menolak perjudian tersebut yang merugikan cukai pada negara sepanjang masa.







Nota. Darang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan