Oleh. Williem Anak Lagau
Telipok Darat. Setiap pemandu lori kilang sepanjang laluan jalan pekan Telipok ke jalan Timbok, Tampulan dan Logkou Baru perlu dipantau pihak berkuasa berikutan seorang penduduk terlanggar dan pemandu lari tinggalkan mangsa hari ini.
Kejadian ini merupakan satu kemarahan seluruh penduduk Telipok darat berikutan masyarakat mereka diperlakukan terlanggar dan ditinggalkan tanpa dihantar kehospital oleh pelaku tegas mereka.
Selain dari itu, penduduk Telipok darat mahu syarikat pemilik lori bertanggongjawab menyerahkan pemandu lori terlibat kebalai polis mana mana yang berhampiran untuk diambil keterangan supaya tidak menjadi ikutan dikalangan para pemandu kilang kilang berhampiran pada masa akan datang.
Semua warga Telipok Darat perlu membentuk Jawatankuasa Bertindak yang didaftarkan dengan memilih seorang berpengalaman dikawasan tersebut bagi mendepani situasi seumpama pada masa akan datang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan