Oleh. Basron Kirwan
Sabah. Semangat sebilangan warga didalam negeri ini terus menuntut hak hak berkait MA63 sejak berpuluh tahun lalu sehingga lah hari ini terutama pemacu parti politik dalam negeri ini.
Melihat kepimpinan politik Sabah masa kini tidak nampak orang dari luar Sabah menjadi pemimpin kerajaan negeri termasuklah semua pemimpin parti politik jelas dari negeri Sabah sendiri namun dilihat warga asing dan pati masih ramai ditahan pihak berkuasa tempatan sepanjang tahun.
Satu perkara yang menjadi persoalan sejak sekian lama dalam Sabah adalah tidak henti tangkapan dalang pemalsuan dokumen yang terdiri dari semua orang Sabahan sendiri disamping tangkapan PATI juga terus berlaku dalam negeri ini setiap tahun belum masuk orang asing jual rokok seludup melambak setiap daerah dinegeri berkenaan.
Demikian pandangan aktivis politik Sabahan yang menghububgi Media Terkini Malaysia sebagai mengulas suara suara sebilangan ahli parti politik yang mahu kuasa Sabahan diserahkan pada politik mereka namun tidak nampak usaha mengusir PATI menghalang penjual rokok seludup dari warga asing dan yang menakutkan pemalsuan dokumen oleh warga mereka sendiri terang mereka.
Aktivis politik Sabahan mengajak sebilangan pemimpin parti politik Sabahan turun berjalan meninjau sendiri grombolan warga asing menjual rokok seludup dipelusuk Sabah dengan kegiatan pemalsuan dokumen yang setiap kali tangkapan berstatus rakyat Sabah sendiri ujar mereka.
Dalam konteks ini rakyat negeri Sabah harus bijak berfikir betapa sukar mengurus tabdir bersendirian jika langkah yang dituntut tersilap serah melibatkan lambakan pemalsuan dokumen dan pendatang asing tanpa izin sememangnya tidak mudah diselesaikan selagi tidak ada daya kesungguhan terang mereka.
Sehingga hari ini hanya UMNO Sabah yang diberi kuasa outonomi mutlak memimpin politik BN Sabahan sebagai permaufakatan politik dan jelas pihak berkuasa keselamatan terus mensasarkan pemburuan pemalsuan dokumen dikalangan orang Sabah termasuklah golongan pati masih terus diburu tanpa henti.
Memo untuk warga Sabah jangan bagi sokongan apa juga PATI buat dinegeri ini pasti lambakan mereka berkurangan dan benteras pemalsuan dokumen orang asing yang jelas dilakukan segelintir orang Sabah sendiri.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan