Oleh. Williem Anak Lagau
Inanam. Percaturan kerusi parlimen Sepanggar terus panas berikutan ianya masing masing diintai beberapa parti politik besar yang mahu bertanding pada pru ke 15 akan datang.
Parlimen Sepanggar masa kini disandang oleh Datuk Aziz Jamman yang menang kerusi atas tiket parti Warisan Sabah pada pru ke 14 yang lepas.
Sejak Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diluluskan oleh ROS saingan cukup panas diantara Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan sumber yang boleh dipercayai ada impian PBS mengintai kerusi parlimen tersebut jika peluang dirasa boleh menang jelas penduduk setempat.
Dalam persaingan politik parlimen Sepanggar perlu disedari bahawa kerusi Dun Inanan disandang oleh YB. Peto Galim dari Parti Keadilan Rakyat masa kini, YB. Azhar Datuk Haji Matussin Dun Darau Parti Warisan dan Datuk Haji Yakubah Khan Dun Kerambunai dari Umno.
Kedua dua Dun Inanam dan Dun Darau masa kini dikuasai parti pembangkang manakala hanya Dun Kerambunai sahaja yang ditawan Barisan Nasional Umno masa kini, oleh yang demikian semua ahli parti politik perlu mengkaji kedudukan parlimen Sepanggar siapa yang mampu menawan nya dalam pru kali ke 15 tanpa menggempurnya masa kini.
Situasi politik parlimen Sepanggar hari ini bukan senang ditawan mana mana parti politik jika tiada usaha menemui semua lapisan rakyat setempat, namun terpulang lah kepada setiap pemimpin parti politik bagi menyelami jiwa pengundi terutama golongan rakyat pengundi setempat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan