Khamis, 14 Julai 2022

Berita Ringkas 

SEMUA RAKYAT PERLU BERWASPADA 

Oleh. Gifkir Aming 

Semua rakyat Sabah perlu berwaspada dengan semua situasi ditempat awam berikutan ramai masyarakat tidak lagi memakai pelitup muka  dan enggan mengamalkan penjarakan diri dikawasan tumpuan orang ramai.

Selain dari itu sejak kebelakangan ini dilaporkan terdapat peningkatan kes covid 19 bagi negeri Sabah namun warganya selamba tidak mengamalkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan diri diantara satu sama lain.

Ini didedahkan warga Sabah yang prihatin kepada Media Terkini melihat situasi semasa yang tidak mementingkan pengawasan penularan virus covid 19 walaupun sudah berjuta orang terkorban seluruh dunia sejak tahun 2020 sehingga hari ini ujar mereka. 

Menurut penduduk Sabah, kebanyakan dari mereka yang tidak memakai pelitup muka dan melanggar penjarakan diri diantara satu sama lain adalah golongan yang dipercayai berstatus warga asing dan ada juga dikaitkan penduduk sementara dark negara asing ujar mereka. 

Hanya pihak berkuasa sahaja yang mampu memantau kes serupa agar tidak berkekalan sepanjang masa jika kerajaan Sabah mahu menjadikan Sabah sifar covid 19. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan