Khamis, 28 Julai 2022

Berita Ringkas

Penduduk Kawasan Bandar Seirra perlu berani mempertahankan diri dari ditipu oleh peniaga minuman seperti TEH O kosong dengan gelas kecil RM2.50 sen segelas. 

Terdapat beberapa kedai seumpama dikawasan Bandar Seirra meletak harga berganda ganda dan perlu ditinjau pemimpin kerajaan Sabah bagi mengelak peniaga memperdaya rakyat jelata yang tidak tahu harga minuman mereka yang sebenar.

Perkara tersebut berlaku sejak awal bulan Julai 2022 namun tidak ada pemantauan dari pemimpin kerajaan negeri kawasan berhampiran, mana mana rakyat yang menegur kedai terlibat menaik harga minuman mereka dicabar dengan perkataan; " Repot Lah Kami Ada Lesen Bah", lapor mangsa mangsa yang diperdaya peniaga di Bandar Seirra yang menghubungi Media Terkini hari ini. 

Sehubungan dengan pendedahan ini pemimpin kerajaan Sabah diminta turun padang meninjau seluruh peniaga kedai kopi disekitar Bandar Seirra agar rakyat tidak dijadikan mangsa oleh peniaga rakus dan tamak setiap masa dikawasan tersebut. Oleh. Basron Kirwan 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan