Rabu, 27 Julai 2022

ANTI LOMPAT DILULUSKAN 

Oleh. Basron Kirwan 

Puterajaya. Hari ini rang undang undang lompat parti dikosongkan kerusi parlimen  telah diluluskan dan ini memberi kesan kepada setiap calon yang menang bertanding hasil diundi perlu berfikir agar bagaimana mereka akan kekal menjadi wakil rakyat  tanpa melompat berpindah parti dalam apa juga keadaan. 

Bagi rakyat jelata ini lah masa yang dinanti nantikan supaya wakil rakyat yang mereka pilih dalam proses pengundian tidak sewenang wenangnya membawa undi rakyat berpindah sokongan politik walaupun tanpa restu dari seluruh pengundi mereka. 

Pilihan raya kali ke 15 adalah satu perhitungan seluruh pengundi parlimen diseluruh negara walaupun ramai wakil rakyat masa lalu menghianati sokongan undi sehingga hari ini rakyat terus keciwa dengan wakil rakyat seumpama menang dalam sokongan kompenan lain namun sebaik menang lompat menyokong barisan kepimpinan lain tegas rakyat yang ditemui. 

Dengan kelulusan ini  sebilangan besar rakyat seluruh negara percaya semua bakal bakal calon akan datang pada pru ke 15  menarik nafas bagaimana parti mereka wakili mampu bertahan sepanjang 5 tahun penggal seterusnya tegas rakyat yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga  didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan