Jumaat, 22 Julai 2022

PARLIMEN KENINGAU SIAPA TERPILIH 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Kerusi Parlimen Keningau kian rancak menjadi rebutan diantara Gabungan Rakyat Sabah pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Pakatan Harapan, Parti Warisan Sabah dan Barisan Nasional menurut sumber sahih dikalangan para penyokong parti masing masing. 

Kerusi Parlimen Keningau masa kini  disandang oleh Parti Solideriti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan yang kini menjadi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia. 

Dalam percaturan ini rakyat seluruh Parlimen Keningau masih menghitung jari jemari mereka menanti parti mana yang bakal mereka pangkah demi masa hadapan pembangunan dan ekonomi warga setempat khususnya keupayaan parti bagi mempertahankan tanah air mereka sendiri. 

Parlimen Keningau adalah dikuasai etnik Dusun Murut dan sedikit Cina berbilang agama dimana mereka mahukan sesuatu yang memiliki kuasa outonomi mutlak seperti Sarawak membuat keputusan sendiri tanpa dikongkong oleh pemimpin parti diperingkat pusat tegas mereka. 

Beberapa aktivis politik veteran yang dihubungi mendakwa, pengundi parlimen Keningau tidak semua boleh diungkap kata kata manis seperti keyakinan pemacu politik tertentu yang optimis rakyat boleh dibawa bersama.

Siapakah rakyat pilih dalam pru ke 15 akan datang bukan muda dipastikan oleh tokoh tokoh yang mewakili parti masing masing, namun degupan jantung rakyat kini mampu melihat apakah yang terbaik untuk masa hadapan kepimpinan politik untuk seluruh Parlimen Keningau yang berwibawa berpuluh tahun tanpa tunduk dengan pelbagai tekanan dan cabaran luah rakyat yang ditemui. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan