Oleh. Basron Kirwan
Tuaran. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta mengkaji peniaga dinegeri ini berikutan semua subsidi telah dilanjutkan khas pada ayam dan telur namun masih lagi harga ayam naik sehingga RM12.00 sekilogram sedangkan di Semananjung Malaysia RM8.70 hingga RM9.00 sahaja sekilogram.
Banyak penternak ayam dalam Sabah yang mungkin telah diberi subsidi kewangan namun ayam daging terus naik harga dan ini perlu para menteri Sabah turun padang meninjau semua kandang penternak ayam serta kedai penjual daging ayam secepat yang boleh demi kerugian rakyat Sabah.
Ini didedahkan oleh aktivis masyarakat En. Sowlee Than penghuni perumahan seri Impian Tuaran kepada kru Media Terkini Kuala Lumpur hari ini sebagai protes isu harga ayam daging di Sabah sejak 30 June 2022 hingga hari ini.
Rata rata harga ayam daging bulat Sabah dilaporkan antara RM11.00 hingga RM12.00 sekilogram bagai Sabah bukan dalam keluarga Malaysia tegas beliau penuh kesal dengan peniaga menaik harga ayam daging dan telur masa kini.
Media Terkini Malaysia yang berusaha menghubungi beberapa YB dan Menteri Sabah gagal dan tidak ada jawapan mesej yang ditinggalkan.
Apapun rakyat Sabah harus bijak dan berani seperti yang dilakukan aktivis masyarakat Tuaran menghubungi Media Terkini Malaysia bagi menyampai maklumat yang dihadapi setiap masa akibat mainan sebilangan penternak dan peniaga yang tidak masuk akal.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan