Oleh. Tedung Selar
Siapakah yang memberi penerangan terhadap keluhan warga miskin dinegeri Sabah berikutan pelbagai kenaikan harga barangan tanpa notis lebih awal malah harga lama masih terpapar namun jualan sudah melambung oleh peniaga bagai tak patuh harga yang tercatat.
Banyak perkara dilaporkan berlaku dalam konteks urusniaga hari ini 1 Julai 2022 diseluruh negeri ini sehingga ramai rakyat menuding jari salah pada kerajaan pusat sedangkan terdapat percanggahan pada penetapan harga pasaran tanpa dibaca oleh seluruh pelbagai lapisan rakyat cendikiawan seluruh negeri ini.
1 Julai 2022 juga merupakan cabaran kerajaan pusat memberi jawapan secara berterusan hingga keakar umbi rakyat jelata betapa kerajaan pusat tidak menaik kadar harga barangan namun peniaga seluruh Sabah sudah menaik kadar harga jualan niaga mereka mendahului kerajaan pusat hari ini.
Media Terkini Malaysia terkejut dihujani pelbagai panggilan dan kiriman gambar bahan bahan mengejutkan oleh seluruh pembaca kami dinegeri tersebut bagai tidak terungkai keluh kesah orang Sabah sepanjang hari ini, malah golongan pemimpin parti politik yang menerajui kerajaan Sabah terlalu sukar dihubungi malah segala watsap dikemukakan hari ini langsung tidak berjawab sehingga berita ini ditulis.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan