Sabtu, 5 Jun 2021

 Oleh. Gifkir Aming 

JANGAN MENAKUTKAN BERI PERINGATAN 

Sabah. Semua pengumuman serangan varian Delta B.1.617.2 di Pulau Labuan oleh Tan Sri Dr. Norhisyam Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia membabitkan 3 kes jangkitan luar negara merupakan peringatan berjaga jaga dan bukan menyebar kearah menakut nakutkan seluruh masyarakat negeri Sabah.

Sejak kebelakangan ini kes Covid 19 sememangnya tinggi diseluruh negara namun Kementerian Kesihatan sedang menggandakan usaha mengekang penularan virus penyakit tersebut dengan memberi peringatan masyarakat agar sentiasa berjaga jaga agar duduk rumah jika tidak ada keperluan keluar rumah.

Kes Varian klauster Layangan Labuan boleh diputuskan rantaian nya jika semua lapisan masyarakat bersatu hati mematuhi nasihat penjarakan sosial, tidak keluar rumah secara suka hati, sentiasa memakai mask (pelutup muka) dengan sempurna tiap hari berada diluar rumah.

Antara yang menular dalam negara masa kini dan menjadi kebimbangan barisan hadapan jika masyarakat keseluruhan tidak berkerjasama menjaga pergerakan tiap hari ialah VOC dan VOI dimana rekod sehingga kini sebanyak 138 kes dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut KKM 122 orang merupakan kes VOC yang disenaraikan sehingga kehari ini manakala 16 lagi kes VOI yang diketegorikan sangat merbahaya jika semua lapisan mastarakat kurang berkerjasama dalam pengawalan kendiri setiap masa.

Tan Sri Dr. Norhisyam Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia juga sentiasa memberi peringatan terhadap seluruh rakyat yang berada didalam negara Malaysia supaya sentiasa jaga diri memakai pelitup muka dengan senpurba pada setiap kali berada diluar rumah. 

Dalam konteks penjelasan kerajaan setiap masa berhubung pelbagai kes covid 19 amat jelas ianya mampu kita semua warga Malaysia termasuklah Sarawak dan Sabah mampu putuskan rantaian penyakit tersebut jika komited bersatu menjaga semua SOP walau dimana juga kita berada tanpa mengulangi segala kelalaian masa lalu.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan