Selasa, 1 Jun 2021


 Oleh. Gason Dumiri

AKIBAT DEGIL RAMAI PEKERJA TERKANDAS 

Sabah. Sejak PKP 3.0 bermula 1 Jun 2021 ratusan kenderaan terkandas setiap sekatan jalan raya disebabkan perbuatan masyarakat tidak berkerja sengaja merentas kawasaan tanpa sesuatu tujuan yang munasabah.

Selain dari itu ada juga yang cuba membuat pelbagai alasan ketiadaan surat majikan namun para petugas SJR cekap menghidu muslihat masyarakat yang sekadar mahu melepaskan diri sahaja tanpa halatuju yang rasmi.

Perbuatan seumpama bukan sahaja merugikan diri sendiri sebaik diarah berpatah balik (belum dikompaun) malah turut menghalang perjalanan golongan pekerja yang dibenarkan bertugas sepanjang pkp 3.0 sehingga 14 Jun 2021.

Sehubungan dengan masaalah ini golongan yang tidak memiliki surat kebebaran berkerja atau tidak ada urusan yang sangat penting eloklah jangan sesekali keluar membanjiri jalan raya kawasan SJR demi kemudahan para pekerja yang diluluskan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan.   Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan