Jumaat, 4 Jun 2021


 Oleh. Williem Anak Lagau 

CEMAS SEBARAN VARIAN TIAP HARI 

Sabah. Penularan pelbagai berita covid 19 merangkumi varian dilaporkan dari India cukup mencemaskan seluruh penduduk negeri ini, penyebaran berita tersebut cukup pantas pelbagai laman sosial, fb dan terkini watsap group sehingga pejabat media terkini dihujani pelbagai pertanyaan kesahihan penularan Covid 19 dalam bentuk varian hampir tiap jam.


Antara penularan berita baharu yang disebarkan tanpa pengesahan lengkap pihak berkuasa adalah Varian Dari India mula merebak di Taman Wangsa Telipok mulai semalam, masyarakat seluruh kawasan berhampiran kian gusar dengan penularan tersebut apa tak lagi yang hanya bergantung dengan laporan watsap semata mata tanpa mendapat sumber berita sahih dari kerajaan negeri Sabah. 

Kerajaan Sabah juga perlu berganding dengan semua media massa berlesen diseluruh negeri mahupun negara amnya agar mampu menangkis semua sebaran yang tidak berasas setiap hari semata mata menakut nakutkan masyarakat sekeliling. 

Turut dikesan penularan berita palsu dilaman sesawang dipercayai perbuatan manusia tidak bertanggongjawab ialah PKPD didalam gambar ini dimana hanya Nondion sahaja ada beberapa rumah dan sihat semuanya, bagi Ruminatau yang dijelaskan para pemimpin kampung berhampiran adalah tanah perkamoungsn simpanan yang belum ada sebiji rumah pun milik warga Kg. Tamalang dan Kg. Kebayau Telipok berpuluh tahun yang lalu tegas mereka.

Media Terkini dimaklunkan penularan berita palsu bagi negeri Sabah berkaitan Covid 19 cukup pantas bersiaran hampir tiap jam dilaman sosial dan watsap group bagai tidak ada kerja lain golongan penyebar seumpama.

Sehubungan dengan paparan ini kerajaan Sabah perlu menubuhkan jawatankuasa bersama media massa bagi menangkis semua propaganda golongan tidak bertanggongjawab berkaitan covid varian 19 dari India demi ketenangan semua lapisan rakyat Sabah.

AWAS MAKLUMAT PALSU, # KITA JAGA KITA 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus peyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan