Selasa, 1 Jun 2021


 Oleh. Basron Kirwan

CONTOHI DERMAWAN KE GAZA 

Palestin. Sikap prihatin Ustaz Ebit Liew dermawan Malaysia yang telah memasuki ke Gaza perlu dicontohi golongan berkemampuan dalam negara Malaysia mahupun dunia amnya.

Sumbangan beliau seorang mualaf tionghua tidak ternilai dikalangan penerima dibumi Gaza dan Palestin amnya berikutan terbang jauh dari Malaysia ke bumi Gaza dengan disambut penuh syukur warga Palestin.

Dalam derita hidup warga Gaza setiap hari Ustaz Ebit Liew terpanggil menghulur sumbangan keperluan setiap keluarga yang terkesan dengan serangan Zionis Israel yang membunuh ramai orang termasuklah wanita dan kanak kanak.

Terdapat beberapa masyarakat yang dihubungi menyuarakan pertanyaan adalah hanya Ustaz Ebit Liew seorang sahaja berkemampuan membuat sumbangan terhadap orang kesusaha ujar mereka.

Menyingkap dalam Asia Tenggara lebih banyak berpendapatan tinggi nanun sukar dikesan sumbangan mereka bukan sahaja diGaza malah dengan warga miskin dalam Asia sekalipun terlalu susah melihatnya dalam konteks terbuka ujar aktivis masyarakat Asian yang ditemui.

Dengan adanya mualaf membuktikan keprihatinan menghulur derma bukan sahaja di Malaysia malah kini sampai ke Gaza dapat membuka mata dan hati semua mereka yang berkemampuan agar sama sama membantu orang susah tanpa menunggu dipanggil baru tampil memberi bantuan.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan