DUNIA TERUS DISERANG COVID 19
Oleh. Huzera Ben
India. Akibat kurang amalan penggunaan SOP dunia terus diganyang Covid 19 sehingga jangkitan melebihi 84.35 juta orang manakala kematian melebihi 1.83 juta nyawa.
Kes pertama masih tertinggi serangan Covid 19 ialah Amerika Syarikat dengan jumlah jangkitan lebih 20 juta manakala kematian melebihi 356,000 nyawa hingga hari ini.
Rekod dinegara India hari ini berada ditempat kedua serangan Covid 19 dengan lebih 10.30 juta jangkitan manakala jumlah kematian melebihi 149,000 nyawa.
Negara Brazil hari ini merekodkan jumlah jangkitan Covid 19 melebihi 7.70 juta orang manakala kematian melebihi 195,000 nyawa yang jelas masih sukar dibendung penularan penyakit tersebut akibat kurangnya SOP terutama aspek penjarakan sosial dikalangan masyarakat setiap hari termasuklah kurang pemakaian pelitup muka yang sempurna.
Berdasarkan rekod dunia kesembuhan pesakit Covid 19 sehingga hari ini mencecah 60 juta orang satu kepentingan masyarakat sentiasa menerima norma baru kehidupan penuh SOP yang disaran setiap pemerintah sesebuah negara.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga dalam akbar ini tanpa kebenaran dari pihak Editorial Penyiaran. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan