Sabtu, 2 Januari 2021


RAMAI BIJAKSANA  ILMU DUNIA ? 

Oleh. Gifkir Aming 

Menyingkap perwatakan sebilangan masyarakat hari ini tidak dinafikan ramai yang memiliki ilmu keduniaan bijak memberi bimbingan rakan rakan sekeliling mereka dalam penyatuan hidup, saling menimba ilmu, bersedakah golongan fakir, memenuhi ilmu keagamaan dan prihatin pada orang orang yang susah dan memerlukan bantuan golongan mereka yang berkemampuan.

Ini seringkali diungkap dalam pelbagai ceramah keagamaan dipelusuk rantau sebagai memberi pencerahan setiap lapisan masyarakat agar berbudi bahasa kepada sesiapa juga masyarakat disekeliing mereka khususnya golongan yang hidup serba kekurangan sangat indah didengar.

Lauangan ceramah golongan yang diberi mandat menyampaikan amanat cukup menarik perhatian setiap pendengar apa tak lagi disampaikan penuh kesayuan dengan pakaian golongan berwibawa penuh kesopanan dengan kata kata hikmah sebagai dalil menghimpunkan warga pendengarnya.

Anehnya ramai warga pendengar yang bertanya adakah ceramah yang disampaikan oleh golongan yang diamanahkan terlibat sekadar diungkap depan tetamu yang hadir namun sukar dilaksanakan diluar ceramah apa tak lagi melihat situasi masyarakat dilapangan banyak yang jelas terabai sekadar menjadi tontonan mata jauh sekali menghulur bantuan.

Pendedahan Donny @ Hazry Paulus  yang kerap mendengar ceramah sana sini golongan yang diamanahkan namun hanya sebahagian kecil sahaja yang melaksanakan tanggongjawab sebenar dikawasan lapangan melihat masyarakat yang benar benar memerlukan bantuan ujar beliau.

Beliau menambah ada yang bergelar penceramah atau setaraf Tok Guru mampu menarik perhatian mendengar pidatonya hingga ada menitiskan air mata kesedihan dengan hujah hujah keduniaan menimba amal namun diluar lapangan melihat orang susah ditepi bandar langkah seribu disusun menjauhi orang susah tanpa simpati seperti ungkapan kata ceramahnya setiap masa tegas beliau.

Benarlah kata orang orang dahulu bukan senang mencari warga prihatin seiring dengan peredaran dunia moden ramai pakar penceramah bijak berkata kata saling menghulur bantuan golongan miskin agar mendapat manafaat berganda namun sebilangan dari mereka langkah seribu dilapangan mendepani fakir miskin ujar Donny @ Hazry Paulus.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuatkan iklan niaga dalam akbar ini tanpa kebenaran pihak biro pengiklanan dan penyiaran. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan