Ahad, 3 Julai 2022

KUASA OUTONOMI UMNO SABAH ADA KELEBIHAN 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Penampang. Perjuangan UMNO 

didalam KONVENSYEN BN Sabah hari ini cukup menyuntik semangat sebaik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno  menyebut Umno  
 Sabah memiliki satu kelebihan didalam Outonomi sebagai penggerak perjuangan mengembalikan kekuatan Barisan Nasional sehingga keakar umbi menjelang pru kali ke 15 yang diramal sampai keakhir tahun ini.

Datuk Seri Mohammad Hassan Timbalan Presiden Umno cukup menyuntik semangat para pemimpin Umno dan BN Sabah amnya bagi memelihara kedaulatan dan hak hak yang ada jika memiliki kuasa dalam menuntut hak hak negeri seperti yang termaktub didalam perjanjian dalam tahun 1963 dahulu.

Sejurus Konvensyen BN berakhir, semua misi dan visi terletak ditangan pemimpin UMNO dan BN Sabah bagi turun padang menemui seluruh rakyat jelata tanpa ada yang tersisih bagi memberi penerangan seluruh agenda BN sebagai mengembalikan kekuatan sokongan parti tersebut sehingga menjelang pilihan raya Parlimen kali ke 15.

Rakyat berbilang bangsa dan agama yang berdaftar sebagai pemilih terus menunggu penerangan misi dan visi yang diungkapkan sepanjang konvensyen BN oleh semua pemimpin tertinggi UMNO dan BN lebih dekat lagi terutama diperkampungan terpencil serta jauh dari bandar dan pekan bagi menghayati masa depan tanah air tersebut.

Umno dan BN Sabah perlu menggerak jentera mereka tanpa menunggu saat akhir pengumuman pilihan raya bagi menyampaikan mesej yang telah diterima sepanjang konvensyen tersebut agar lebih awal sampai kepengetahuan rakyat yang berdaftar sebagai pemilih.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan