Sabtu, 2 Julai 2022

AYOH UMNO SABAH BANGKIT 

Oleh. Basron Kirwan

Konvensyen UMNO Sabah bukan sekadar sembang mendengar amanat Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sebaliknya merumus segala amanat yang didengar dan melangkah gah turun kegelanggang mendepani seluruh rakyat yang telah berpaling tadah agar mereka memahami perjuangan dan kembali kepada segala daya usaha UMNO BN terkini demi memelihara negara sejagat.

Seandainya kehadiran anda ke Konvensyen UMNO hari ini sekadar mengangguk tanpa membawa amanat Presiden dan Timbalan Presiden UMNO kepada seluruh rakyat Sabah yang sudah ke Parti lawan maka kehadiran anda tidak akan sampai kepada pemahaman seluruh rakyat Sabah untuk bangkit mengembalikan kemenangan UMNO akan datang.

Amanat yang diungkap Presiden dan Timbalan Presiden UMNO cukup besar dan sangat bermakna untuk disalur kepada seluruh rakyat Sabah demi mengembalikan sokongan mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang. 

Mengimbau kehadiran orang ramai dalam konvensyen UMNO hari ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO dan  Datuk Sri Mohammad Hassan Timbalan Presiden IMNO mampu bernafas lega jika semua ahli UMNO mampu menyampaikan mesej yang diperolehi terhadap seluruh penduduk disetiap kampung yang mereka wakili sehingga tarikh pilihan raya ke 15 berjalan kelak. 

Sebaliknya jika semua ahli dan penyokong UMNO dan BN hari ini sekadar menjadi penonton tanpa menjalankan tanggongjawab menyalurkan segala amanat dalam konvensyen UMNO hari ini, semua yang didengar akan menjadi sia sia tanpa usaha semua ahli dan penyokong UMNO diperingkat akar umbi rakyat jelata bagi mendepani semua parti lawan pada pru kali ke 15 akan datang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan