Sabtu, 28 Mac 2020

SUMBER BANTUAN RAMAI TERSISIH ?
Oleh. Huzera Ben
Sabah. Ramai rakyat keciwa khususnya Dusun diperkampungan luar bandar yang tercicir agihan bantuan kilat kerajaan terkini berikutan satu zon hanya beberapa orang sahaja peroleh bantuan makanan, selain dari itu ada juga kemungkinan pihak pemimpin kampung tidak memerhatikan secara keseluruhan rakyat mereka jika ada tekanan penyenaraian dipejabat UPPM dalam beberapa kawasan yang berbeza arus aliran politik masa kini terutama antara kerajaan pusat dan negeri amnya.
Paparan Haswit Abdullah ketika menghubungi kru Media Terkini sebagai mengulas sistem agihan bantuan dalam kes terlibat PKP akibat penyakit Covid 19 bagi negeri Sabah yang rata rata tidak boleh keluar rumah sedangkan bantuan hanya untuk orang OKU dan WARGA EMAS serta PESAKIT KRONIK namun rakan yang memiliki kes hampir mati di ISU HOSPITAL QEH 1 langsung tidak dipandang tegas beliau.
Sehubungan dengan ini kerajaan Sabah perlu sama sama mengagihkan bantuan sama rata dalam kes Covid 19 memandangkan semua orang terlibat PKP tanpa mengira kaya atau miskin sihat atau sakit sama sama hilang sumber pendapatan katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan