Sabtu, 21 Mac 2020

SIAPA MELULUS HIMPUNAN TABLIGH SEDUNIA DI PETALING? 
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Dalam kesibukan menangani COVID 19 ramai pemacu politik saling tuding jari berhubung status negara masa kini walaupun seluruh rakyat Malaysia terus komited menyokong kerajaan yang berlandaskan undang undang tubuh kerajaan namun tidak ada pula bertanya siapa yang meluluskan tabligh dunia datang berhimpun di Petaling Kuala Lumpur,  Covid 19 melonjak tinggi selepas 2 March 2020 sejurus selesai himpunan Tabligh Sedunia di Petaling Kuala Lumpur dan siapakah yang meluluskan permit himpunan tersebut dimana sudah pasti setiap himpunan ribuan orang pasti memiliki permit apa tak lagi melibat luar negara seharusnya itu yang perlu dijelaskan kepada jutaan rakyat Malaysia dan bukan nya saling dipolitik isu isu yang telah berlaku.
Ulasan aktivis masyarakat George Pentiugar warga Limbang sebagai mengulas pelbagai kata kata memperlekehkan kerajaan persekutuan masa kini walaupun hakikatnya tidak ada rakyat jelata yang pengundi mempertikaikan kerajaan persekutuan masa kini, majoriti rakyat jelata yang bukan ahli parti politik bersuara seharusnya Himpunan Tabligh Melibatkan Pelbagai Negara Asing Disiasat berikutan dilaporkan 60 peratus pengikut tabligh positif Covid 19 tidak termasuk saudara mara sahabat dan rakan tabligh yang belum menyerah untuk diperiksa tegas beliau.
George Pentiugar menggesa agar Covid 19 jangan dipolitik kan demi memelihara perpaduan semua kaum rakyat dalam Malaysia khususnya Sarawak dan Sabah memandangkan sebelum ini pun pernah berlaku dua peralihan kerajaan baru selepas terbentuk kerajaan selepas pilihan raya namun rakyat serupa tidak bising sampai kehari ini, sejajar dengan situasi mahu membasmikan Covid 19 mari kita seluruh rakyat Malaysia Sarawak dan Sabah bersatu hati mendesak kumpulan Tabligh menyerah diri termasuk semua hubungan rapat harian mereka setiap hari bagi membuat pemeriksaan dan tidak perlu berdalih dengan pelbagai alasan demi menyelamatkan nyawa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat mahupun kaya dan miskin semua memerlukan nyawa diselamatkan demi kesinambungan generasi mereka dimasa akan datang katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan