Isnin, 23 Mac 2020

COVID 19 SEMUA SUSPEK PERLU TAMPIL
Oleh. Huzera Ben
Kuala Lumpur. Masyarakat perlu membantu kerajaan yang kini bertungkus lumus membasmi Covid 19 dengan menyalurkanaklumat golongan tabligh dan rakan rapat mereka yang terlibat dalam himpunan di Petaling Kuala Lumpur pada 27 Feb hingga 1 March 2020 agar sintom Covid 19 dapat dibasmikan,  kumpulan tabligh dan keluarga serumah mahupun jiran tetangga yang berhubungan harian dengan mereka juga wajar bersatu meminta pemeriksaan secepat yang boleh disamping menjarak hubungan dengan masyarakat sekeliling demi mengelak penularan Covid 19 yang menggerunkan pelbagai negara pada masa kini khususnya dikalangan negara negara yang sedang membangun.
Bagi setiap negeri usaha mengawal langkah pergerakan setiap hari dikalangan petugas seperti  Rela Polis Tentera dan MKN seharusnya diberi kerjasama seluruh lapisan rakyat demi menyelamatkan nyawa masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama, tanpa semangat kerjasama bagi membendung dan mengawal pergerakan harian sama lah juga kita mendedahkan diri dan keluarga dari dijangkiti penyakit yang tengah diusahakan pembasmian dengan langkah langkah khas kuarantin dibeberapa hospital seluruh negara namun masih sukar pengawalan pergerakan dikawasan awam melibatkan ketidak patuhan pergerakan kawalan perjalanan.
Sudut suara ramai yang dikirim kepada kru Media Terkini sebagai panduan pelbagai lapisan masyarakat setiap hari khususnya waktu pagi sebelum keluar rumah sehingga 31 March 2020 supaya kita boleh menjadikan sifar kematian pesakit Covid 19 yang setakat hari ini Isnin 23 March 2020 telah 14 kematian disahkan oleh Ketua Pengarah Perubatan Dan Kesihatan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan