Rabu, 18 Mac 2020

RAKYAT SABAH PERLU PATUH KAWALAN PERGERAKAN
Oleh. Jopis Anak Lagau
Sabah. Kenyataan Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal Ketua Menteri Sabah yang menyeru seluruh rakyat negeri ini mematuhi langkah perintah kawalan pergerakan terhad harus diketahui oleh masyarakat Sabah, selain dari itu semua berkaitan kes Vocid 19 perlu dirujuk kepada Hospital Hospital Kerajaan, Polis atau Jabatan Kesihatan berhampiran bagi kepastian penularan kes terlibat yang menjadi kebimbangan orang ramai berikutan ramai budak kilang dan hingusan menyebarkan kes kes Vocid diwatshap group yang menakut seluruh warga Sabah.
Sungguhpun Ketua Menteri Sabah cukup memberi peringatan bernas kepada rakyat Sabah hari ini namun ada juga budak kilang dilaporkan warga Sabah mengalahkan akbar akbar berlesen menyebarkan digroup watshap dan FB ikut naluri hati tanpa menimbang kebimbangan orang yang membaca, dalam konteks seumpama masyarakat Sabah yang menerima pelbagai maklumat tidak sahih menerusi watshap group sehingga menimbulkan ketakutan masyarakat sekeliling penularan Vocid 19 boleh melaporkan nombor telipon penyebar kepada mana mana Balai Polis berhampiran sebagai tindakan menghalang menakut nakutkan orang ramai.
Rakyat Sabah berterimakasih semua peringatan Ketua Menteri Sabah demi keselamatan bersama ujar orang ramai yang ditemui.
Sehingga berita ini ditulis belum ada pengumuman Jabatan Perubatan Dan Kesihatan Sabah berhubung budah menaiki penerbangan dari Johor ke Kota Kinabalu dijangkiti Vocid 19 seperti watshap group hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan