Jumaat, 27 Mac 2020

PERUNTUKAN UNTUK RAKYAT KAMPUNG
Oleh. Williem Anak Lagau
Peruntukan besar yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Dato' Muhyiddin Haji Mohamad Yassin meliputi semua lapisan rakyat kampung, kakitangan syarikat swasta, kakitangan kerajaan berpendapatan rendah disambut rakyat jelata penuh syukur dengan harapan sampai kepada seluruh orang kampung tanpa ada keciciran walau seorang pun termasuk Sarawak dan Sabah,  malah rata rata rakyat bersuara siapakah yang membantu orang kampung yang tidak pernah terima sebarang bantuan dari kerajaan dimana rekod mereka tidak pernah tersenarai dalam penerima bantuan disamping tidak ada senarai nombor akaun bank mereka pada kerajaan memandangkan ramai rakyat terdahulu tidak pernah disenaraikan menerusi E. Kasih walaupun telah membuat permohonan disamping dibatalkan kelayakan bantuan BSH mereka semata mata beristeri perempuan rakyat asing yang lengkap dengan dokumen pasport berpuluh tahun lamanya tentu sekali suami rakyat Malaysia bakal tidak dapat manafaat bantuan yang diumumkan tersebut.
Selain dari itu bantuan seumpama merupakan nikmat seluruh rakyat Malaysia dari seorang Perdana Menteri yang berjiwa rakyat dalam situasi menghadapi penyakit Covid 19 namun diharap setiap rakyat warganegara asli Malaysia beristeri wanita asing lengkap pasport  berpuluh tahun dalam negara Malaysia tidak diketepikan dalam agihan bantuan berkenaan, malah ada juga wanita warganegara asli Malaysia yang bersuami lelaki waega asing pemegang pasport lengkap juga mengharap Perdana Menteri Tan Sri Dato' Muhyiddin Haji Mohamad Yassin mempertimbangkan mereka agar layak menerima bantuan yang telah diumumkan tersebut agar mereka tidak hilang kelayakan menerima bantuan kerajaan dalam negara mereka sendiri apa tak lagi golongan terlibat tidak pernah keluar dari negara Malaysia.
Turut menyambut gembira bantuan yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia yang ke 8 ialah Gosibin Yosundang dari Melalap Tenom dengan syukur pada Tuhan PM mampu merasai naluri yang dideritai seluruh rakyat Malaysia terutama Sabah dan Sarawak tanpa ada yang keciciran setiap warganegara asli yang tinggal dinegara ini tegas beliau.
Turut meluahkan ungkapan kata serupa ialah Donius Bulangou dari Bundu Tuhan Kundasang Ranau juga mengharap agar semua orang Asli Malaysia diberi semua bantuan tersebut golongan miskin berpendapatan rendah dan tinggal dikampung tanpa mereka diabaikan seperti setahun sepuluh bulan teraju kerajaan lalu ramai rakyat Malaysia hilang bantuan kerajaan tegasnya.
Perdana Menteri Tan Sri Dato' Muhyiddin Haji Mohamad Yassin diharap menimbang segala suara rakyat warganegara asli Malaysia supaya mereka tidak hilang kelayakan dalam agihan bantuan menghadapi Cabaran Penyakit Covid 19 ungkap Gosibin Yosundang penuh harapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan