Selasa, 24 Mac 2020

HULUR BANTUAN WARGA KAMPUNG GOLONGAN PETANI 
Oleh. Gifkir Aming
Sabah. Kerajaan negeri digesa mempercepatkan bantuan kewangan mahupun makanan terhadap golongan petani kecil dan nelayan persendirian berikutan sumber pencarian kewangan mereka terjejas sejak 18 March 2020 sebaik diumum penguatkuasaan kawalan pergerakan bagi membendung gejala Covid 19, semua petani kecil kecilan tidak dapat menjual hasil tani mereka disamping nelayan persendirian juga tidak lah berani keluar kelaut akibat kawalan pergerakan setiap hari menyebabkan ramai yang hampir hilang sumber makanan harian.
Seandainya kerajaan negeri Sabah prihatin terhadap rakyat petani dan nelayan yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang ini lah masanya menghulur bantuan secepat mungkin berupa makanan dan sedikit wang ringgit tanpa memilih kefahaman politik, jika kerajaan negeri lewat menghulur bantuan makanan mahupun sedikit sumbangan wang ringgit tidak dinafikan kemungkinan ada rakyat kampung bakal kebulur sehingga 1 April 2020 jika tidak bersambung penguatkuasaan kawalan pergerakan berikutan Covid 19 bagai tidak ada petanda penurunan kes masa kini.
Aktivis masyarakat Bundu Tuhan Ranau Donius Bulangou (Gambar kedua bawah)  berkata demikian sebagai mendedahkan rungutan orang kampung dalam negeri ini sejak 18 March 2020 tanpa ada saluran suara mereka diketengahkan, beliau juga amat mengharap para pemimpin parti politik Sabah mahupun Semananjung Malaysia yang bercawangan di Sabah sama sama menghulur bantuan terhadao orang kampung di Sabah sebagai membantu meringankan bebanan kehidupan mereka setiap hari ujarnya.
Sementara warga desa dari Melalap Tenom Gosibin Yosundang (Gambar atas sekali) turut menyuarakan keperluan kerajaan Sabah menghulur bantuan kewangan untuk orang kampung yang kehilangan sumber pencarian sejak 18 March 2020, jika kerajaan negeri prihatin pada orang kampung kewangan lebih diutamakan bagi membeli pelbagai keperluan rumah sehingga bebas keluar rumah mencari reziki setiap hari namun tidak dapat dipastikan bila Covid 19 sifar dalam negara ini tegasnya.
Gosibin Yosundang menjelaskan ramai orang kampung tidak mendapat bantuan bulanan apa tak lagi EPF langsung mereka tidak memiliki dan wajar diberi bantuan secepat yang boleh, dalam situasi tidak menentu penyakit Covid 19 orang kampung bimbang jika kawalan pergerakan disambung semula selepas 31 March 2020 kesatu tarikh yang tidak pasti kemana orang kampung mencari kewangan membeli keperluan  dapur serta kos perbelanjaan lain yang sangat penting dalam keluarga jelasnya.


RUANGAN INI ADALAH SUDUT SUARA RAKYAT ASIA.
SESIAPA ADA KEMUSYKILAN DAN PENDAPAT HUBUNGI TALIAN PEJABAT KAMI DI 0145748469 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan