Rabu, 25 Mac 2020

KEMATIAN COVID 19 MENINGKAT
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Cabaran hari ini bertambah lagi satu kes kematian Covid 19 dengan jumlah 19 orang hari ini dimana merisaukan seluruh negara bagai tidak ada titik hentinya, bukan sahaja kerisauan dikalangan kakitangan kerajaan malah amat menakutkan orang perseorangan petani, nelayan, peniaga disamping para kakitangan syarikat swasta termasuk lah pemandu teksi, bus mini, bus besar sehingga ramai yang bekerja tidak memiliki kenderaan sendiri lumpuh tanpa bus mini pengangkutan awam dinegara ini.
Berikutan dengan kematian ke 19 Covid 19 perintah kawalan pergerakan terus dipanjangkan sehingga 14 April 2020 seluruh  negara menjadikan petani dan nelayan kecil kecilan turut terjejas serta merta jelas mereka.
Diharap pihak keselamatan dapat memberi kelonggaran kepada warga kampung keluar membeli barang makan tanpa banyak soal siasat  dikalangan berbilang bangsa dan agama jelas orang ramai yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan