Isnin, 30 Mac 2020

 RAMAI RAKYAT SABAH KECIWA
Oleh. Williem Anak Lagau
Sabah. Pengumuman Tan Sri Dato' Muhyiddin Haji Moh
amad Yassin berhubung bantuan rakyat seluruh negara tanpa ada yang tersisih terus mengelirukan seluruh rakyat orang asal Sabah memandangkan mereka tidak dapat Bantuan Sara Hidup (BSH)  serta tidak juga berdaftar dengan E. Kasih menyebabkan rasa keciwa dalam diri, selain dari itu sebilangan rakyat Sabah yang meminta penjelasan dari MPKK setiap kampung mereka dimaklumkan hanya penerima BSH dan berdaftar dengan bantuan E. Kasih sahaja yang layak menerima bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri tanpa membantu rakyat kampung memohon bantuan yang jelaskan Perdana Menteri berkenaan.
Selain dari itu masyarakat kampung meminta kerajaan negeri Sabah menggerak pegawai bertauliah mereka membantu orang kampung memohon bantuan yang diumum Perdana Menteri tersebut, dalam masa kerajaan BN dahulu semua masaalah kami (rakyat jelata)  dibantu pengurusan dari para pegawai Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat setiap kawasan DUN Sabah berbanding sekarang segala masaalah rakyat dibiarkan ujar mereka.
Dalam kemelut rakyat keliru dengan pengumuman Perdana Menteri berkenaan bantuan yang bakal dibayar bulan April dan Mei 2020 kerajaan Sabah haruslah memastikan semua rakyat yang tidak terima BSH dan E. Kasih dibantu mendaftar bantuan yang diumum Tan Sri Dato' Muhyiddin Haji Mohammad Yassin jelas kumpulan rakyat yang menemui Media Terkini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan