Isnin, 16 Mac 2020

SUARA RAKYAT AFDAL MEMILIH PEMIMPIN
Oleh. Williem Anak Lagau
Sabah. Semua parti politik yang
bertapak dinegeri ini harus mengutamakan seluruh suara rakyat berbilang
bangsa dan agama dan menepis sebilangan pemimpin yang sekadar membodek pemimpin atasan tanpa menunaikan tuntutan seluruh rakyat berdaftar sebagai pengundi, ramai pemimpin berlumba lumba membodek nama diperingkat tertinggi parti sebaliknya cukup dibenci sebilangan rakyat dalam kawasan mereka sendiri sehingga bila dicalon pilihan raya warga setempat menolaknya dengan memenangkan calon yang rajin turun padang dikampung kampung terpencil penuh kemunduran.
Demikian pendedahan Donius Bulangou aktivis masyarakat dari Bundu Tuhan Ranau (gambar atas)  sebagai mendedahkan luahan rakyat keatas pemimpin yang dicalonkan namun tewas berikutan tidak pernah yolong rakyat jelata yang memerlukan,  sebaliknya bila tewas calon terlibat menyalahkan segelintir rakyat yang tidak mengundinya namun selama menjadi pemimpin bahagian hanya kerja mengampuh pihak atasan politik hang diwakilinya tanpa menjenguk sebilangan orang kampung tegas beliau.
Bagi Gosibin Yosundang (gambar tengah) dari Melalap Tenom dan Rosly Kopit dari Kiulu Tuaran (Tiada Gambar) memberi sokongan betapa besat maknanya cadangan Donius Bulangou mewakili 73 Dun Sabah pada PRU ke 15 akan datang, sebagai bergelar pemimpin disetiap peringkat bahagian mereka perlu bersatu menjaga seluruh ahli parti mereka diperingkat luar bandar dan sangat memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek mengikut kemampuan separti Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 PBS N. 13 Inanam yang dilaporkan kerap memainkan peranan turun padang dalam Dun Inanam tegas mereka.
Tiga aktivis masyarakat ini Donius Bulangou dan Rosly Kopit yakin semua Presiden dan pemimpin tertinggi setiap parti politik di Sabah kena turun padang bagi mendekati rakyat jelata yang  mengundi tiap kali pilihan raya dengan membantu mengikut kemampuan agar tidak wujud lagi mengampuh pemimpin bahagian keperingkat tertinggi parti namun ditolak sebilangan besar rakyat jelata ujar mereka demi rakyat jelata.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan