Jumaat, 20 Mac 2020

KAWALAN BERSAMA MENGEKANG VOCID 19
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Isu perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa kepada semua lapisan masyarakat yang tidak dibenarkan bertugas seperti yang diumum oleh kerajaan dalam negara ini, namun bagi jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat yang telah disenaraikan boleh menjalankan tugas demi negara yang diberi kelulusan kakitangan nya menjalankan tugas tidak perlu risau sebab mereka tidak diganggu oleh pihak petugas keselamatan.
Sebagai contoh kakitangan dari Unit Khidmat Penyiaran Dan Akbar, Telikom, SESB, Pelabuhan, Hospital, Lapangan Terbang dan bukan seperti viral fb dan watshap group sesuka hati menakut nakutkan warga Malaysia setiap hari.
Viral juga menakutkan Tentera akan bertindak diluar dugaan sesiapa sahaja yang keluar juga tidak benar memandangkan mereka juga tertakluk etika perkhidmatan yang penuh berdisiplin.
Dalam kontek kawalan pergerakan masa kini rakyat perlu memahami bahawa sesiapa juga penyebar berita tidak benar dalam fb atau watshap boleh melaporkan nombor telipon mereka kepada Suruhanjaya Telikuminakasi Malaysia atau terus kepada pihak polis untuk tindakan lebih lanjut.
Bagi kakitangan yang diberi mandat bertugas masa kini oleh majikan dan ada keraguan sila minta surat pengesahan majikan untuk bertugas sepanjang waktu kawalan pergerakan agar pihak bertugas boleh membenarkan kakitangan terlibat menjalankan tugas harian mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan