Jumaat, 27 Mac 2020

PULAU PESISIR PA
NTAI SEMPORNA DIH DIBANTU
Oleh. Gifkir Aming
Semporna. Pengumuman agihan bantuan warga pesisir pantai dan pulau pulau sekitar Semporna boleh bernafas lega dalam situasi menghadapi krisis Covid 19 tanpa ada tersisih warga kampung menerusi kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Haji Dr. Jaujan Haji Sambakong perlu diusahakan para pemimpin lain dalam negeri ini, semua bantuan yang diumum oleh kerajaan harus dituntut pihak pemimpin kerajaan dan pemimpin diperingkat kampung pula kena senaraikan semua rakyatnya agar mendapat manafaat bantuan keseluruhan seperti yang diusahakan Timbalan Ketua Menteri Sabah dikawasaan beliau hari ini.
Semua bantuan kerajaan Sabah dan kerajaan persekutuan seperti diumumkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato' Muhyiddin Haji Mohamad Yassin tidak akan sampai kepada rakyat diperingkat kampung jika pemimpin parlimen dan dun serta para pemimpin kampung terus menunggu tanpa menyenaraikan rakyatnya untuk mendapat bantuan.
Dalam tinjauan media sebaik pengumuman Perdana Menteri dan Timbalan Ketua Menteri Sabah hari ini banyak pemimpin kampung dan ketua ketua cawangan parti politik menjelaskan pada rakyat mereka tunggu sahaja masuk bank atau menteri akan datang hantar sendiri tanpa menyedari itu tuga mereka kepada rakyat, tidak hairan lah hanya menteri dan pemjmpin kampung yang rajin sahaja terus mendapat segala manafaat yang diagihkah oleh kerajaan negeri dan persekutuan selama ini berikutan ramai pemimpin yang dipilih rakyat setempat terus berdiam diri menunggu semua bantuan datang bergolek kerumah rakyat jelata tanpa berusaha menuntutnya demi kepentingan warga kampung mereka.
Demikian pendedahan Elijari Namukan yang dihantar kepada media terkini bahagian Semporna sebagai menerangkan proses bantuan kerajaan terhadap rakyat diseluruh negara termasuk lah Sabah dan Sarawak katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan