Ahad, 22 Mac 2020

 PATUHI LANGKAH KAWALAN PERGERAKAN
Oleh. Jopis Anak Lagau
Sabah. Sebagai memelihara kesela
matan keluarga tersayang sebaiknya kita berdiam dirumah masing masing sehingga 31 March 2020 seperti yang disaran Perdana Menteri Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin demi membasmi Vocid 19 yang merebak pantas diseluruh dunia masa kini, tidak siapa menduga siapa pembawa penyakit ini jika kita masih berkeliaran dalam bandar setiap hari apa tak lagi jika anti body kurang daya tahan perlu lah memelihara keluarga dalam rumah masing masing.
Langkah bersantai dalam rumah juga amat penting bermula 22 March 2020 berikutan permulaan tugas bersama antara Rela, Polis dan Tentera secara bersama mengikut keputusan kerajaan Malaysia sebagai langkah menghalang tabiat rakyat yang masih berjalan dipekan dan bandar walaupun telah dikuatkuasakan kawalan pergerakan sejak 18 March 2020, usaha menggerak tiga pasukan ini serentak berkawal diseluruh negara sekurang kurangnya membantu menghalang pergerakan setiap lapisan masyarakat yang sering mengabaikan larangan penting kerajaan dalam situasi penyakit Vocid 19 merebak pantas masa kini.
Dua aktivis masyarakat Donius Bulangou dari (Bundu Tuhan Gambar Atas) dan Gosibin Yosundang (dari Melalap Tenom (Gambar Bawah) mendedahkan perkara ini demi memperingati masyarakat yang kurang peka bahayanya Covid 19 yang telah meragut 10 nya dalam negara sehingga kini tegas mereka.
Mereka yakin kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia mampu menggerunkan kedegilan masyarakat yang suka sangat Bersiar siar dibandar  walaupun setiap hari melihat pengumuman pertambahan pesakit Covid 19 berserta angka kematian juga turut bertambah, kedua dua  mereka juga mengingatkan rakyat seluruh negara agar tidak taksub dengan pelbagai Viral tersebar meluas jika bukan dari siaran berita rasmi kerajaan melalui akbar akbar yang dilesenkan oleh kerajaan didalam negara demi mengelak rasa panik dikalangan masyarakat berbilang kaum diseluruh negara tegas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan