Khamis, 26 Mac 2020

 PERCEPAT BANTUAN RAKYAT TERJEJAS PKP
Oleh. Williem Anak Lagau
Sabah.  Warga kampung yang kehilangan sumber pencarian dari hasil tani sepanjang perlaksanaan PKP merayu pada kerajaan Sabah serta peringkat persekutuan agar mempercepatkan agihan bantuan kewangan utama disamping barang dapur supaya orang kampung tidak kebulur sehingga 14 April 2020, desakan ini dibuat berikutan beberapa suara yang dikeluarkan beberapa pemimpin negara memperuntuk RM500.00 one off setiap satu keluarga yang terjejas perlaksanaan PKP diseluruh negeri ini tanpa mengira bangsa mahupun agama lebih lebih lagi masyarakat petani kampung.
Demikian luahan pandangan aktivis masyarakat Gosibin Yosundang (gambar atas sekali) dari Melalap Tenom bersama Donius Bulangou (fambar bawah) juga aktivis mssyarakat dari Bundu Tuhan Kundasang demi seluruh orang Sabah tanpa memilih bangsa dan agama supaya tidak berlaku kelaparan panjang tegas mereka. Media Terkini juga menerima pelbagai suara menyokong bantuan rakyat orang kampung dengan jumlah RM500.00 kearah meringan beban hidup mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan