Sabtu, 28 Mac 2020

 WARGA DESA DIRAMAL TERCICIR
Oleh. Jasly Dollah
Sabah. Bantuan rakyat yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Dato' Muhyiddin Haji Mohamad Yassin dijangka ramai rakyat negeri ini bakal tercicir berdasarkan status terbatal nama dalam senarai BSH DAN E. KASIH semasa kerajaan PAKATAN HARAPAN dalam masa SATU TAHUN SEPULUH BULAN dengan alasan yang tidak munasabah, jika Perdana Menteri ke 8 masa kini bersandarkan pada penerima BSH atau berdaftar kekal dalam E. KASIH dihangka ribuan rakyat Sabah bakal tercicir menerima bantuan yang diumum apa tak lagi jika tidak ada pegawai kerajaan persekutuan di Sabah mendaftar semula orang kampung berkaitan penerima bantuan tersebut bermula dari sekarang.
Demikian pendedahan Ajili Gubus warga Kiulu sebagai menjelaskan beliau dibatalkan penerima BSH serta tidak disenaraikan dalam E. Kasih tanpa alasan yang munasabah walaupun beliau asli orang asal Sabah akibat tampuk kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh 1 tahun 10 bulan sahaja katanya.
Ajili Gubus juga mengakui ramai rakan rakan beliau orang asal Sabah sebagai DUSUN telah dibatal bantuan BRIM 1 MALAYSIA YANG DITUKAR BANTUAN SARA HIDUP oleh teraju kerajaan Pakatan Harapan namun tidak pernah diterima siaran akbar selama ini tegasnya, mujur lah saya terjumpa rakan yang membawa saya bertemu dengan MEDIA TERKINI baru segala permasalahan kami dipaparkan sebagai terpinggir dibumi sendiri selaku lelaki ketua keluarga yang bertanggongjawab mencari reziki disamping menjadi pengundi sejak usia 24 tahun sehingga kini hampir 60 tahun katanya.
Beliau berharap Perdana Menteri Tan Sri Dato' Muhyiddin Haji Mohamad Yassin menggesa LHDN menyemak semula ORANG DUSUN yang dibatal BRIM 1 MALAYSIA mereka sebaik bertukar BSH dikekal semula sebagai penerima dalam kerajaan Perikatan Nasional masa kini tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan