Rabu, 25 Mac 2020

PENYAKIT COVID 19 RAMAI TAK TAKUT? 
Oleh. Jasly Dollah
Kuala Lumpur. Covid 19 yang meragut 19 nyawa masa kini masih lagi tidak menggerunkan sebilangan kecil rakyat negara ini terutama wargakota dan tergolong berpendidikan sedarhana, ianya berbeza warga desa yang jelas terus mematuhi perintah yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sebagai langkah menyelamatkan nyawa seluruh warga yang tinggal dinegara ini sehingga 14 April 2020 walaupun ianya terlalu sukar namun segala keperluan diusahakan demi kepentingan bersama. 
Mengikut tinjauan kru media terkini diseluruh negara dalam kepayahan kerajaan dan semua pihak berkuasa yang dikerah kebarisan hadapan masih ada lagi yang sengaja tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan sesuka hati berjalan tidak menentu, selain dari itu ada juga melaporkan terdapat kumpulan tabligh yang masih berdiam diri serumah sanak saudara mereka terutama golongan yang berstatus kerakyatan nya masih diragui tambahan pula terdapat keluarga mereka yang tidak mahu melaporkan kes seumpama demi menjaga status kerakyatan mereka.
Sehubungan dengan pendedahan ini seluruh rakyat negara ini perlu sama sama tampil melaporkan pelbagai masalah dikawasaan masing masing terutama penghulu, ketua masyarakat,  ketua kampung, tok batin, pengurus jkkk,  pengurus jkkk dan pemimpin parti politik kampung wajarlah membuat laporan kepada pihak berkuasa negeri acar yang bersembunyi kalauser tabligh dapat diperiksa serta dirawat kuarantin secepat  yang boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan