Ahad, 9 Februari 2020

ISU MA 63 TIDAK RUMIT
Oleh. Aki Kinabalu
Perbalahan isu MA 63 bagai terlalu rumit dijalankan para pemimpin parti politik setelah diundi oleh rakyat dalam pilihan raya ke 14 yang lalu, hakikatnya yang rakyat Sarawak dan Sabah dalam isu MA 63 hanya mahu kembalikan statusnya sebagai negara bersekutu dengan negeri negeri Tanah Melayu dan bukan nya diturunkan sebagai status Wilayah seperti yang dilaungkan laungkan oleh orang orang politik masa kini sebaik diundi rakyat jelata.
Demikian suara beberapa ahli NGO yang menghubungi KRU Media Terkini sebagai membalas perbalahan beberapa ahli politik yang mengecam tidak mendapat sokongan diparlimen dalam isu MA 63 walaupun dengan jelas tidak dikembalikan status kedua dua negeri Sarawak dan Sabah sebagai negara bersekutu dengan negeri negeri Tanah Melayu ujar mereka.
Ahli ahli badan NGO Borneo mencadangkan agar orang politik masa kini belajar sejarah Sarawak dan Sabah sebagai negara bersekutu dengan negeri negeri Tanah Melayu dalam perjanjian MA 63 tegas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan