Selasa, 25 Februari 2020

USUL BUBAR PARLIMEN DEMI RAKYAT
Oleh. Jopis Anak Lagau
Kuala Lumpur. Blok parti pembangkang sebulat suara mengusulkan Bubar Parlimen agar dapat dikembalikan semula pada rakyat berdaftar sebagai pemilih bagi memilih teraju kerajaan persekutuan yang baru, antara wakil parlimen yang menyuarakan usul tersebut ialah dari parti UMNO, PBRS, PAS, MIC dan MCA dan mahu memastikan suara rakyat jelata diutamakan memilih kepimpinan negara berdaulat.
Ringkas wawancara Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah pada media petang tadi sebaik selesai mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Menurut sumber terdapat beberapa Ahli Parlimen enggan mengadakan pilihan raya Parlimen tanpa menjelaskan lebih lanjut mengapa mereka tidak setuju cadangan pembubaran Parlimen walaupun PRU ke 14 mereka berjaya menewaskan BN dengan muda.
Apapun dalam situasi politik tidak menentu masa kini adalah baik dipulangkan pada rakyat Malaysia mengundi siapa yang layak semula menjadi kerajaan pentabdir negara sepanjang 5 tahun akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan